suria

Kevin Rudd Cuti 2 Bulan Selepas Selamat Jalani Pembedahan

BRISBANE: Menteri Luar Australia yang juga bekas Perdana Menteri, Kevin Rudd selamat menjalani pembedahan jantung selama empat jam pada Isnin.

Rudd, yang digulingkan oleh Timbalan Pengerusi Parti Buruh, Julia Gillard (yang kini menyandang jawatan Perdana Menteri) lebih setahun lalu perlu mengantikan saluran 'aortic'.

Ini adalah pembedahan jantung yang kedua buat Rudd yang telahpun menjalani pembedahan saluran pintasan jantung lebih dua dekad lalu.

"Pada peringkat ini kami sukalah mengumumkan bahawa pembedahan itu telah berlangsung dengan jayanya dan dia (Rudd) berada dalam situasi stabil," kata pakar kardiologis, Dr Malcolm Davison kepada para pemberita.

Katanya lagi, Rudd dijangka pulih sepenuhnya dalam tempoh lapan minggu.

Pembedahan itu berlangsung di Hospital Memorial Perang St Andrews.

Rudd dijangka bercuti selama lebih dua bulan dari tugas rasminya dan jawatan menteri luar akan disandang oleh Menteri Perdagangan, Craig Emerson.

Artikel Sebelum

Artikel Lain