suria

Umat Islam Di Singapura Mula Berpuasa 1 Ogos

SINGAPURA: Umat Islam di Singapura akan memulakan ibadah puasa dalam bulan Ramadan mulai 1 Ogos.

Mufti Singapura, Dr Mohamed Fatris Bakaram, membuat pengumuman mengenai perkara itu Ahad.

Beliau berkata tarikh itu ditentukan berdasarkan Rukyah dan Hisab.

Saluran televisyen tempatan, Channel NewsAsia melaporkan ini kali pertama Dr Mohd Fatris membuat pengumuman sejak menjawat jawatan Mufti pada 1 Januari tahun ini. - BERNAMA

Artikel Lain