SEOUL: Agensi Perisikan Korea Selatan telah menangkap lima orang warganya kerana disyaki menjalankan kerja-kerja pengintipan untuk Korea Utara.Agensi Berita Yonhap melaporkan, salah seorang yang ditahan itu adalah ketua eksekutif sebuah syarikat teknologi maklumat yang hanya dikenali sebagai Kim. Mereka telah didakwa cuba membentuk sebuah gerakan bawah tanah komunis yang dikaitkan dengan Parti Pekerja Korea Utara.Dakwaan pengintipan di Korea Selatan dianggap satu kesalahan yang berat dan hukumannya ialah hukum bunuh.Kim, 48, didakwa telah menghubungi agen Korea Utara sebanyak 10 kali ketika berada di China, Jepun dan beberapa negara lain sejak April 1994, lapor Yonhap.Korea Utara adalah musuh ketat Korea Selatan sejak meletusnya Perang Korea pada tahun 50-an dan sehingga ke hari ini Korea Selatan tidak pernah menarik balik pengiystiharan darurat.Terdapat ketumbukan angkatan tentera Amerika Syarikat yang besar berpangkalan di Korea Selatan yang diketuai oleh pegawai tertinggi berpangkat jeneral sebagai langkah untuk menghalang Korea Utara dari mengancam jiran mereka itu.