suria

Bahan Letupan Dijumpai Di Ladang Sewa Suspek

OSLO: Polis Norway berkata pasukannya pada lewat Selasa menemui dan memusnahkan bahan letupan yang disorokkan oleh suspek serangan berkembar di sebuah ladang yang disewanya.

Bagaimanapun polis enggan mendedahkan kuantiti atau jenis bahan letupan tersebut.

"Kami rasakan adalah lebik baik bahan letupan yang dijumpai tidak dipindahkan dan diletupkan terus di ladang," beritahu jurucakap polis, Trine Dyngeland kepada pemberita.

Anders Behring Breivik, 32 yang mengaku merancang serangan yang dibuatnya pada Jumaat lepas menyewa sebuah ladang di utara Oslo kononnya untuk menanam sayur-sayuran.

Media Noway mendakwa Breivik menyewa ladang itu bagi membolehkannya membeli baja kimia dengan kuantiti yang banyak tanpa perlu disyaki.

Menurut organisasi kumpulan pembelian baja, suspek membeli enam tan baja kimia sejak bulan Mei tahun ini.

Breivik mengaku bertanggungjawab melakukan serangan bom di sebuah banggunan kerajaan di pusat bandar Oslo dan melepaskan tembakan di satu pulau berdekatan di mahkamah pada Isnin. -AFP

Artikel Berikut

Artikel Lain