suria

Peguam Dakwa Breivik Gila

OSLO: Peguam suspek pembunuhan berkembar pada Jumaat lalu berkata perbuatan suspek menunjukkan suspek adalah seorang yang kurang siuman.

Geir Lippestad memberitahu anak guamnya, Anders Behring Breivik, 32, yang mendakwa dirinya sebahagian daripada revolusi anti Islam akan menjalani pemeriksaan perubatan bagi memastikan keadaan psikiatriknya.

"Breivik percaya yang dia berada dalam satu peperangan dan percaya apabila berada dalam perang seseorang boleh melakukan apa saja tanpa perlu mengaku bersalah," katanya.

Lippestad berkata anak guamnya tidak boleh dihukum dalam penjara selepas ditanya tentang implikasi yang akan timbul sekiranya dia dihakimi dengan status kurang siuman di atas kesalahannya membunuh 76 orang di sebuah banggunan kerajaan dan sebuah pulau berdekatan.

Peguam itu berkata Breivik menggunakan dadah yang tidak dapat dikenalpasti bagi memberi kekuatan luar biasa kepadanya dalam melakukan pembunuhan.

"Dia fikir dia akan dibunuh selepas pengeboman, selepas melepaskan tembakan dan semasa dibicarakan malah dia menganggap dirinya berjaya apabila dia masih tidak dibunuh," kata Lippestad

Suspek berkata dia berada dalam Perang Salib untuk menyelamatkan Norway dan Eropah Barat daripada penaklukan masyarakat Islam juga menyifatkan serangan yang dilakukannya adalah kejam namun sesuatu yang perlu dilaksanakanya.

"Dia percaya yang peperangan ini akan bersambung untuk 60 tahun lagi dan dalam tempoh itu kemenangan akan menyebelahinya,"

Breivik menghadapi pertuduhan melakukan keganasan yang boleh menyebabkannya dihukum penjara selama 21 tahun namun rakyat Norway berpendapat bahawa hukuman itu tidak setimpal dengan perbuatannya.

Pihak polis bagaimanapun mempertimbangkan untuk mengenakan dakwaan yang lebih berat terhadap penjenayah itu dan sedang menyiasat dakwaan suspek bahawa dia terlibat dalam satu rangkaian organisasi pelampau yang aktif. -AFP

Artikel Lain