suria

Menantu Nazarbayev Bakal Jadi Presiden Kazakhstan

ALMATY, Kazakhstan: Menantu Presiden Kazakhztan, Nursultan Nazarbayev akan mengambil alih jawatan sebagai presiden negara ini sekiranya beliau terpaksa meletak jawatan, demikian menurut seorang pegawai kanan kerajaan.

Timur Kulibayev, yang merupakan seorang ketua syarikat gergasi Kazakhstan, Samruk-Kazyna dan suami kepada anak perempuan Nazarbayev, Dinara akan mengambil alih jika presiden tersebut letak jawatan, kata penasihat kanannya, Yermukhamet Yertysbayev.

Komen tersebut diberikan dalam temubual bersama akhbar Rusia, Kommersant selepas Nazarbayev menghilangkan diri pada bulan ini.

Kerajaan memberitahu Nazarbayev menghilangkan diri kerana sedang bercuti namun akhbar Jerman, Bild mendakwa beliau dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan prostat.

"Kulibayev adalah individu yang berupaya untuk meneruskan pelan strategik Presiden jika pemimpin negara itu meletak jawatan," beritahu Yertysbayev kepada Kommersant.

Kehilangan Presiden Kazakhstan itu membimbangkan para pelabur di negara yang kaya dengan hasil minyak ini namun beliau muncul semula pada Khamis untuk mempengerusikan satu mesyuarat di Astana. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain