Perjanjian Mengenai DOC Gambarkan Keberkesanan ARF – Dr Surin Pitsuwan - Dunia | mStar

Perjanjian Mengenai DOC Gambarkan Keberkesanan ARF – Dr Surin Pitsuwan

NUSA DUA, Bali: Setiausaha Agung Asean Dr Surin Pitsuwan berkata persetujuan yang dicapai berhubung Garis Panduan Pelaksanaan Deklarasi Mengenai Tata Laku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC), menggambarkan keberkesanan Forum Serantau Asean (ARF).

Sentimen itu dikongsi Menteri Luar China Yang Jiechi, yang menyifatkan perjanjian itu sebagai sesuatu yang ulung dan amat penting, demikian menurut Sekretariat Asean dalam satu kenyataan Jumaat.

Kedua-dua pemimpin bertemu pada Mesyuarat Menteri-Menteri Asean-China di sini, yang dipengerusikan bersama oleh Vietnam dan China.

"China akan bekerjasama secara aktif dengan Asean dalam merangka Tata Laku berkenaan," kata Yang.

Memetik kata-kata pujangga China iaitu 'perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama', beliau berkata adalah penting bagi China dan Asean memulakan langkah ke arah kerjasama politik serta mewujudkan sikap saling mempercayai.

Pengumuman mengenai perjanjian berhubung garis panduan itu, yang dibuat pada Rabu, menjadi tajuk utama di seluruh Asia Pasifik dengan banyak media menganalisis kepentingan serta kesannya terhadap keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Dr Surin dan Yang juga bersetuju bahawa 2011 merupakan tahun penting bagi Asean dan China kerana ia menandakan ulang tahun ke-20 hubungan dua hala mereka, dan pelbagai aktiviti dirancang di Beijing serta Asean bagi meraikannya.

Dr Surin berkata fokus mereka ialah membawa sambutan itu kepada rakyat, bersesuaian dengan kehendak Indonesia agar Asean mementingkan penduduknya.

Indonesia merupakan Pengerusi Asean tahun ini, dan Jakarta dilihat bersungguh-sungguh mahu menjadikan kedudukan itu sesuatu yang bermakna.

Mengenai masa depan hubungan dua hala Asean-China, Dr Surin dan Yang juga sependapat bahawa satu aspek penting ialah pertukaran di kalangan belia, terutama pelajar dari kedua belah pihak.

Yang berkata bagi dekad pertama alaf ini, China dan Asean secara bersama telah mencapai kawasan perdagangan bebas terbesar di negara membangun dan mereka perlu memanfaatkannya serta menyasarkan satu lagi pencapaian ulung pada dekad kedua.

Keyakinan sama turut dilahirkan Timbalan Perdana Menteri Vietnam merangkap Menteri Luarnya, Pham Gia Khiem.

Semua Menteri Luar menzahirkan komitmen mereka untuk bekerjasama dalam melaksanakan Pelan Bertindak Asean-China serta membangunkan aktiviti bagi memperkukuh kesalinghubungan kedua pihak.

Mengenai isu Laut China Selatan, mereka mengambil maklum desakan China agar ia dijadikan suatu kawasan yang aman, mesra dan boleh bekerjasama.

Mereka juga bersetuju dengan China berhubung kepentingan kebebasan pelayaran dan keselamatan. – BERNAMA

AFY AFY SBB

SUKAN-SEPAK TAKRAW (PIALA DUNIA ISTAF 2011) SKUAD WANITA CHINA SEKAT PELUANG INDONESIA KE SUKU AKHIR

Sepak Takraw (Piala Dunia Istaf 2011): Skuad Wanita China Sekat Peluang Indonesia Ke Suku Akhir

KUALA LUMPUR: Skuad wanita China menyekat peluang Indonesia untuk mara ke pusingan suku akhir apabila mencatat kemenangan 3-0 pada perlawanan saringan kedua Kejohanan Sepak Takraw Piala Dunia Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) 2011 di Stadium Titiwangsa, Jumaat.

Skuad China yang dibarisi Cui Yonghui, Zhang Yanan dan Gu Xihui memenangi set pertama dengan 15-4 manakala kehebatan pertahanan pasukan itu terbukti apabila membolot kejayaan pada set kedua dengan 15-9, sebelum menamatkan perlawanan dengan mata 15-6.

Indonesia diwakili Cahya Permata Fahrani, Roslin Dida dan Dini Mita Sari.

Sementara itu, lapan pasukan lain bagi kategori wanita yang melangkah ke suku akhir ialah Malaysia dan China (kumpulan A), Myanmar dan Korea Selatan(kumpulan B), Indonesia dan Vietnam (kumpulan C) serta Thailand dan Kemboja (kumpulan D).

Pada perlawanan suku akhir Sabtu, Malaysia akan bertemu naib juara kumpulan D iaitu Kemboja. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Artikel Lain