suria

Hubungan Dagangan Malaysia Dan Korea Selatan Meningkat

KUALA LUMPUR: Direktori Perniagaan Malaysia-Indonesia edisi 2011-2012 yang dijangka siap hujung tahun ini dilihat dapat menggiatkan lagi aktiviti perdagangan antara dua negara itu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata melalui penerbitan direktori yang sememangnya bertujuan untuk mengeratkan hubungan sesama negara, juga memberi peluang kepada peniaga Indonesia dan Malaysia meneroka sektor perniagaan baharu yang boleh memberi lebih keuntungan.

"Usaha dalam memperkukuh hubungan dagang ini perlu aktif dan berterusan agar harapan pemimpin dua negara untuk mewujudkan Komuniti Asean menjelang 2015, dapat direalisasikan," katanya pada majlis prapelancaran direktori itu di sini, Jumaat.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Asia Tenggara kementerian itu, Adlan Mohd Shafiq.

Direktori yang julung kali diterbitkan itu merupakan kerjasama antara Perhimpunan Masyarakat Indonesia (Permai), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia serta Kedutaan Indonesia.

Sementara itu, Kaunselor Ekonomi Kedutaan Indonesia, Endang Rusmihaty berkata hubungan perdagangan antara dua negara itu, terutama Indonesia, meningkat dengan nilai dagangan US$12 bilion pada 2009 kepada lebih US$18 bilion tahun lepas.

Beliau berkata sebagai negara anggota Asean, hubungan dagang antara Malaysia dan Indonesia harus diperkukuh, dan dua negara tersebut perlu mengurangkan kebergantungan ekonomi mereka dengan negara-negara Eropah.

Dalam pada itu, Ketua Penyelaras Program Permai Muhammad Aidi Abd Ghani berkata direktori setebal 400 muka surat itu mengandungi kira-kira 16 bahagian yang menyenaraikan semua sektor perniagaan dua negara tersebut, antaranya automotif, farmasi, perladangan, pelancongan dan pembuatan perabot.

Muhammad Aidi berkata pada peringkat permulaan, direktori itu hanya akan diterbitkan sebanyak 10,000 naskah dan ia dijual pada harga RM50 senaskah. – BERNAMA

SEPANG, 22 Julai -- Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak (tiga, kanan) melihat orang ramai yang menyambut kepulangannya selepas tiba dari lawatan ke luar negara di Kompleks Bunga Raya di sini, hari ini. Najib mengadakan lawatan selama lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali sejak 11 Julai lalu. -- fotoBERNAMA (2011) HAKCIPTA TERPELIHARA

NMA KNAA LAT

NAJIB-CUTI (BERGAMBAR) NAJIB KORBAN CUTI UNTUK BERTEMU RAKYAT

Najib Korban Cuti Untuk Bertemu Rakyat

SEPANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang tiba di tanah air Jumaat selepas melakukan lawatan ke luar negara, berkata beliau tidak sanggup bercuti lama, malah telah berkorban masa cuti beliau untuk menemui rakyat.

Selepas melakukan lawatan lapan hari ke Turkmenistan, United Kingdom dan Itali, Najib akan berada di Selangor pula pada tengah hari ini.

Beliau dijangka melakukan tinjauan mesra di Subang dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Subang Perdana, seterusnya menyertai makan tengah hari bersama rakyat di Sekolah Kebangsaan Jalan U3, Subang Perdana.

"(Habis lawatan) saya ajak keluarga saya berbincang. Saya kata rasa-rasa dalam hati, saya kena balik walaupun ikut jadual keluarga saya dan saya, nak bercuti di luar negara sementara tetapi rasa-rasa saya perlu balik ke Malaysia.

"Saya kata bahawa tidak mengapalah kalau saya perlu berkorban. Saya sanggup berkorban demi rakyat Malaysia," kata beliau ketika berucap di hadapan kira-kira 3,000 orang yang menyambut beliau di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta pemimpin parti-parti komponen Barisan Nasional. – BERNAMA

HUBUNGAN DAGANGAN MALAYSIA DAN KOREA SELATAN MENINGKAT

Hubungan Dagangan Malaysia Dan Korea Selatan Meningkat

SEOUL: Hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan, termasuk dari aspek dagangan dua negara, menunjukkan peningkatan ketara hasil lawatan dua pemimpin peringkat tertinggi negara dalam tempoh tujuh bulan tahun ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata lawatan Datuk Seri Najib Tun Razak pada April lepas dan disusuli lawatan negara oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin minggu ini, membawa pengertian yang cukup bermakna terhadap pengukuhan hubungan yang telah terjalin sejak 50 tahun lepas.

"Setelah lawatan yang dilakukan oleh Perdana Menteri, semakin banyak syarikat-syarikat besar di Korea telah menunjukkan minat yang tinggi untuk menanam modal di Malaysia.

“Faktor teknologi yang canggih dan terkini dalam pelbagai bidang yang dimiliki oleh Korea Selatan dan faktor sumber asli serta sumber manusia yang terdapat di Malaysia, menjadi satu gabungan yang mantap dalam melonjakkan lagi nilai pelaburan di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas mengadakan pertemuan bersama lebih 20 presiden syarikat dan pemimpin korporat di negara ini semalam.

Mustapa berkata dalam tempoh tiga minggu lepas, beberapa syarikat negara ini juga telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Perdana Menteri untuk menyatakan minat mereka melabur di Malaysia.

Katanya antara bidang yang dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan ialah tenaga diperbaharu dan bidang membeli-belah melalui televisyen dengan tawaran harga barangan yang lebih murah.

"Dengan beberapa perkembangan positif itu, kita yakin hasrat Perdana Menteri yang ingin menambah nilai pelaburan Korea ke Malaysia sebanyak US$5 bilion dalam tempoh tiga tahun, akan dapat dicapai dengan lebih cepat.

Beliau berkata pada masa ini nilai pelaburan Korea Selatan di Malaysia berjumlah US$4 bilion dengan nilai pelaburan terbesar dipegang oleh Samsung sebanyak US$1.4 bilion, diikuti anak syarikat Lotte - Honam Petrochemical Corp hampir US$1.3 bilion.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Korea Selatan Datuk Ramlan Ibrahim berkata jumlah dagangan antara dua negara dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini meningkat sebanyak 5.8 peratus atau US$7 bilion.

"Daripada sesi lawatan dua pimpinan peringkat tertinggi negara dalam tempoh terdekat itu selepas kali terakhir pada 2001, berjaya menarik lebih ramai pelabur dari negara ini ke Malaysia, sekaligus meningkatkan nilai dagangan- BERNAMA

Artikel Lain