suria

Iran Umum Pemasangan "Centrifuge" Baru Untuk Jana Tenaga Nuklear

TEHRAN: Kerajaan Iran pada Selasa mengumumkan kepada dunia bahawa ia telah memasang "centrifuges" baru dengan kuasa yang lebih laju untuk memperkayakan uranium di dalam logi nuklearnya - sekaligus tidak memperdulikan desakan antarabangsa agar ia menghentikan aktiviti atomik.

"Centrifuges" adalah sejenis alat yang digerakkan oleh motor elektrik yang membolehkan objek berputar mengelilingi paksi kekal yang akhirnya menghasilkan tenaga yang diperlukan ke atas paksi tersebut.

Bagaimanapun jurucakap Menteri Luar Iran, Ramin Mehmanparast mengesahkan bahawa pemasangan "centrifuges" baru itu telah dilakukan di bawah pemerhatian agensi tenaga atom Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang telah menghantar wakil mereka ke sini.

"Oleh yang demikian, PBB menyedari sepenuhnya bahawa logi tenaga nuklear Iran adalah untuk tujuan keamanan dan ini juga dengan sendirinya membuktikan kejayaan Republik Islam Iran dalam program nuklearnya," kata jurucakap itu lagi kepada para wartawan dalam taklimat mingguan kementerian berkenaan.

Artikel Lain