suria

Rebekah Brooks Ditahan Polis

LONDON: Polis Britain pada Ahad menahan bekas Rebekah Brooks, Ketua Eksekutif News International milik Rupert Murdoch atas tuduhan terlibat dalam skandal penggodaman telefon, lapor media Britain.

Polis Scotland Yard dalam satu kenyataan berkata, seorang wanita berusia 43 tahun telah ditahan atas tuduhan menggodam telefon dan rasuah. Jurucakap Brooks mengesahkan penahanan beliau.

"Dia ditahan kerana disyaki berkonspirasi memintas talian komunikasi dan atas tuduhan rasuah," jelas kenyataan tersebut.

Sementara itu, pemimpin Parti Buruh Britain, Ed Miliband pada Ahad menggesa supaya empayar media Rupert Murdoch di Britain di pecah-pecahkan berikutan skandal penggodaman telefon melibatkan akhbar tabloid miliknya, News of the World. -AFP

Artikel Lain