suria

Tragedi Tanah Runtuh Di China Ragut 13 Nyawa

BEIJING: Sekurang-kurangnya 13 orang terkorban manakala enam orang tercedera dalam satu kejadian tanah runtuh di barat laut China, demikian lapor media tempatan, Sabtu.

Agensi berita, Xinhua melaporkan bahawa runtuhan tanah yang berlaku di sepanjang lebuh raya di bandar Tianshui itu berpunca daripada hujan yang turun dengan lebat.

Lima mangsa terbunuh apabila dua kereta musnah dalam kejadian manakala lapan orang mangsa yang lain meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Kementerian Perhubungan Awam berkata pada Sabtu bahawa sekurang-kurangnya 355 orang di seluruh China telah terkorban dalam kejadian tanah runtuh, banjir kilat dan angin kuat yang berlaku di negara ini sejak 1 Jun. -AP

Artikel Lain