suria

Serangan Hendap Korban Nyawa 12 Orang Anggota Polis

CULIACAN (Mexico): Pihak berkuasa Mexico berkata sekurang-kurangnya 12 orang anggota polis terbunuh dalam satu serangan hendap yang dilakukan dekat sebuah lebuh raya di Sinaloa, Mexico, Jumaat.

Pegawai keselamatan negeri Sinaloa berkata serangan berlaku pada pukul 6 petang pada Jumaat dekat satu pos kawalan palsu yang didirikan oleh penjenayah berdekatan lebuh raya di bandar Guasave.

Konvoi polis itu sedang dalam perjalanan dari bandar Los Mochis selepas selesai bertugas di sebuah pelancaran kempen yang dibuat untuk menghindari aktiviti menyerang para peniaga yang dinamakan kempen "Perdagangan Selamat". -AP

Artikel Lain