suria

Serangan Berani Mati Di Kenduri Arwah Korban Empat Nyawa

KANDAHAR, Afghanistan: Satu serangan bom berani mati yang dilakukan di kenduri arwah adik presiden Afghanistan, mengorbankan empat orang termasuk seorang ulama kanan, kata sumber rasmi.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Siddiq Siddiqi berkata 13 orang lain tercedera apabila pengebom berani mati meletupkan dirinya di majlis yang dilakukan dalam sebuah masjid dekat selatan bandar Kandahar yang dihadiri beberapa orang menteri.

Ketua Majlis Ulama Kandahar, Hikmatullah Hikmat merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam serangan tersebut, katanya.

"Serangan adalah serangan berani mati yang menyebabkan empat orang terkorban termasuk dan 13 orang lagi mengalami kecederaan Ketua Majlis Ulama Kandahar," kata Siddiqi.

"Ia berlaku di satu penjuru masjid yang besar itu," katanya yang memberitahu majlis itu adalah kenduri arwah Ahmed Wali Karzai, adik kepada Presiden Afghanistan yang ditembak mati di rumahnya pada Selasa. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain