suria

Presiden Perancis Adakan Mesyuarat Keselamatan Selepas 5 Askar Terbunuh Di Afghanistan

PARIS: Presiden Nicolas Sarkozy pada Khamis telah mengadakan mesyuarat tergempar dengan penasihat-penasihat keselamatannya selepas lima anggota tentera negara itu terbunuh dalam serangan berani mati di Afghanistan dua hari lalu.

Sarkozy mengesahkan mesyuarat itu dihadiri oleh perdana menterinya, menteri pertahanan, menteri luar dan panglima-panglima tertinggi angkatan tentera.

Agenda perbincangan itu ialah bagaimanakah untuk memastikan pasukan keselamatan Perancis berada dalam keadaan yang selamat sebelum misi pengamana mereka di Afghanistan tamat pada tahun 2014.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain