suria

Lagi Haiwan Mati Akibat Virus Hendra Di Australia

SYDNEY: Seekor kuda pada Khamis menjadi haiwan kesembilan yang terkorban akibat dijangkiti virus Hendra yang kini merebak di dua buah negeri.

Seramai 50 orang penduduk di dua buah negeri terjejas itu juga didapati terdedah kepada virus tersebut.

Virus itu disebarkan oleh kelawar buah kepada kuda dan dikatakan berbayaha kepada manusia.

Kes kedua virus tersebut dilaporkan berlaku di sebuah ladang dekat New South Wales di mana seekor haiwan telah mati dan sembilan penduduk terdedah kepada virus tersebut.

"Keputusan ujian makmal yang dilakukan semalam mendapati kuda itu membawa virus Hendra," kata Ketua Veterinar New South Wales, Ian Roth.

"Kuda itu dipercayai dijangkiti oleh seekor kuda pertama yang terkena virus itu."

Setakat ini tiada manusia yang dilaporkan dijangkiti virus itu yang sebelum ini telah mengorbankan tujuh orang sejak mula dikenal pasti pada tahun 1994.

Virus itu dinamakan Hendra bersempena nama sebuah kawasan pinggir bandar dekat Brisbane di mana virus itu pertama kali dijumpai.

Virus Hendra merebak melalui buah yang digigit oleh kelawar yang membawa virus tersebut atau air yang tercemar oleh urin atau lendir dari kelawar itu. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain