PM Jepun Umum Pelan Jangka Panjang Jadikan Negaranya Bebas Nuklear - Dunia | mStar

PM Jepun Umum Pelan Jangka Panjang Jadikan Negaranya Bebas Nuklear

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan berkata pada Rabu bahawa negara itu mestilah secara berperingkat membebaskan dirinya daripada pergantungan kepada tenaga nuklear sepenuhnya.

Beliau berkata demikian empat bulan selepas insiden 11 Mac yang menyaksikan gempa bumi serta tsunami telah memusnahkan logi tenaga nuklear Fukushima yang akhirnya menyebabkan kebocoran radiasi serta pencemaran alam paling buruk dalam tempoh 25 tahun selepas kejadian yang serupa melanda Chernobyl.

Untuk itu, Kan berkata, Jepun haruslah mencari jalan untuk memaksimumkan penggunaan teknologi tenaga solar, angin dan lain-lain sumber tenaga yang selamat.

"Mulai sekarang, kita harus berazam untuk menjadi satu masyarakat yang bebas nuklear," katanya dalam satu sidang akhbar yang disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen di seluruh negara itu.

Perdana Menteri itu telah membentangkan garis panduan baru serta pelan perancangan penggunaan tenaga masa depan yang antara lain akan menyaksikan penutupan 54 logi tenaga nuklear yang terdapat di seluruh Jepun.

Buat masa ini dua pertiga daripada logi tenaga nuklear di Jepun telah ditutup buat sementara waktu untuk tujuan pemeriksaan keselamatan.

Bercakap mengenai insiden di Fukushima yang telah menyaksikan pemindahan sehingga 80,000 penduduk daerah itu, Kan berkata; "Ia mungkin akan memakan masa sehingga lima tahun atau sepuluh tahun atau mungkin lebih untuk kita sampai ke tahap di mana kita boleh menutup logi itu dengan selamat."

Artikel Sebelum

Mumbai Digegarkan Dengan 3 Letupan Bom

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain