suria

Mumbai Digegarkan Dengan 3 Letupan Bom

MUMBAI: Bandar Bollywood ini yang pernah dikejutkan dengan serangan puak militan pada tahun 2008 pada Rabu sekali lagi digegarkan dengan tiga letupan di tiga tempat berasingan.

Sehingga berita ini ditulis, mengikut kiraan polis Mumbai, sebanyak lapan mayat mangsa telah ditemui manakala 70 lagi dilaporkan tercedera.

Dalam kejadian 2008, 166 orang termasuk pelancong asing telah terkorban.

"Polis kini boleh mengesahkan bahawa Mumbai telah digegarkan dengan tiga letupan," kata jurucakap polis dari bilik kawalan utama, Madhuri Waghare kepada agensi berita AFP.

Sementara di New Delhi, jurucakap Kementerian Dalam Negeri dengan segera mengatakan letupan itu ada kaitan dengan "serangan pengganas", lapor agensi rasmi the Press Trust of India.

Pelbagai saluran berita telah menyiarkan berita mengenai letupan tersebut tetapi masih tidak menyatakan sama ada terdapat mangsa yang terkorban.

Letupan pertama berlaku di kawasan padat Dadar diikuti di kawasan popular yang menjual barangan kemas Jhaveri Bazaar dan selepas itu di kawasan perniagaan popular Opera House.

Letupan-letupan itu dikatakan berlaku sekitar jam 7 malam (9.30 malam waktu Malaysia).

Adalah tidak diketahui sama ada letupan tersebut ada kaitan dengan perbuatan pengganas.

Tiga tahun lalu 10 anggota militan dari Pakistan telah mengeggarkan ibu kota kewangan dan bisnes India itu dengan cuba merampas sebuah hotel terkemuka yang akhirnya menyaksikan 166 orang terkorban.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain