suria

Gempa Bumi Kuat Gegar Laut Banda, Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter menggegarkan Laut Banda, Indonesia pada pukul 5.06 pagi Rabu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa adalah di 377km tenggara Ambon, Indonesia dan 1,808km tenggara Tawau, Sabah.

Satu lagi gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter berlaku di Halmahera, Indonesia pukul 6.27 pagi Rabu.

Pusat gempa adalah di 290km tenggara Manado, Indonesia dan 1,079km tenggara Kunak, Sabah.

Kedua-dua gempa tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain