suria

Perintah Darurat Di Selatan Thai Dilanjutkan

BANGKOK: Perintah darurat yang dikenakan di Selatan Thai dilanjutkan untuk tempoh 60 hari lagi, kata perdana menteri yang bakal berundur Abhisit Vejjajiva, pada Selasa.

Tiga wilayah yang terbabit dengan perintah darurat itu ialah Narathiwat, Yala dan Pattani.

Perintah darurat akan mula berkuatkuasa pada 20 Julai memandangkan perintah darurat yang ada sekarang akan berakhir pada 19 Julai, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet terakhir oleh kerajaan pimpinan parti Demokrat, di sini.

Abhisit menjelaskan bahawa perintah itu tidak dilanjutkan untuk tempoh 90 hari seperti amalan biasa kerana ia terserah kepada kerajaan untuk memutuskan perkara itu.

Demokrat kalah pada pilihan raya umum pada 3 Julai dan kerajaan selepas ini akan dipimpin oleh Pheu Thai. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain