suria

Mahkamah Tolak Bantahan Bina Masjid Berdekatan Ground Zero

NEW YORK: Hakim di sini menolak satu tuntutan supaya rancangan membina sebuah masjid berdekatan kawasan Ground Zero diberhentikan.

Pusat Undang-Undang dan Kehakiman Amerika Syarikat pada Isnin berkata badan itu akan membuat rayuan supaya rancangan itu dibatalkan dan ia difailkan di atas nama seorang anggota bomba bernama Timothy Brown.

Tindakan badan konservatif itu mencabar keputusan Suruhanjaya Pemuliharaan Kawasan Utama Bandar yang membenarkan masjid dibina di atas sebuah tapak yang berdekatan dengan Ground Zero.

Seorang hakim pada Jumaat bagaimanapun mengatakan Brown tidak mempunyai kriteria yang mencukupi untuk menentang keputusan itu.

Peguam-peguam di bandar ini menghargai tindakan Brown yang merupakan satu respon terhadap peristiwa 11 September namun mengatakan ia bukanlah asas yang kukuh untuk dia menyaman keputusan yang dibuat mahkamah.

Pembinaan masjid itu masih lagi dalam peringkat perancangan dan peguam syarikat yang bakal membina masjid berkenaan mengatakan keputusan mahkamah yang menolak tuntutan itu adalah satu "kemenangan" bagi Amerika Syarikat. -AP

Artikel Berikut

Artikel Lain