suria

Bakal PM Thailand Nafi Jadi Boneka Thaksin

BANGKOK: Bakal Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra menafikan dakwaan yang beliau akan menjadi boneka abangnya, Thaksin Shinatwatra dalam memimpin Thailand.

Beliau menegaskan yang beliau akan membuat keputusannya sendiri sebagai seorang pemimpin negara Gajah Putih itu.

Yingluck berkata pada Jumaat bahawa pengalaman dalam dunia perniagaan akan membuktikan bahawa dirinya mampu membuat keputusan di atas tangan sendiri.

Namun beliau memberitahu, dirinya tetap akan berunding dengan pengurusan Parti Pheu Thai yang telah membantunya mencapai kejayaan memenangi pilihan raya dalam pemilihan anggota kabinet yang akan dibentuknya nanti.

Abangnya, Thaksin disingkirkan oleh tentera pada tahun 2006 selepas didakwa terlibat dalam rasuah dan tidak menghormati sistem beraja Thailand.

Walaupun Thaksin kini hidup sebagai pelarian untuk mengelak hukuman penjara, beliau dikatakan berjaya membentuk pengaruh politiknya semula di negara ini. -AP

Artikel Sebelum

Tsunami Kecil Landa Jepun

Artikel Berikut

Artikel Lain