suria

PM Britain Mengaku Bertanggungjawab Ambil Pegawai Akhbar Kontroversi Andy Coulson

LONDON: Perdana Menteri Britain, David Cameron berkata pada Jumaat bahawa beliau bertanggungjawab sepenuhnya mengambil bekas pengarang kontroversial Andy Coulson sebagai ketua pegawai medianya.

Andy Coulson, yang telah pun meletakkan jawatannya sebagai kakitangan pejabat perdana menteri Januari lalu dikaitkan dengan skandal pengodaman telefon bimbit beberapa selebriti terkenal sewaktu beliau memimpin akhbar popular News of the World.

Pihak berkuasa kini sedang menyiasat wartawan dan akhbar berkenaan ekoran skandal itu.

Dan Cameron sendiri telah menyatakan rasa tidak setujunya dengan tindakan media menggunakan strategi pengodaman tersebut dalam usaha mereka untuk mendapatkan cerita mahupun maklumat sulit.

"Keputusan untuk mengambil Coulson adalah keputusan saya semata-mata dan saya mengambil pertanggungjawaban sepenuhnya di atas keputusan tersebut," kata Cameron dalam satu sidang akhbar di sini, Jumaat.

Artikel Sebelum

Tsunami Kecil Landa Jepun

Artikel Lain