suria

Kerajaan China Nafi Bekas Presiden Jiang Zemin Meninggal Dunia

BEIJING: Kerajaan Republik Rakyat China pada Khamis menafikan khabar angin yang mengatakan bekas presiden Jiang Zemin, meninggal dunia.

Zemin diingati kerana pada era kepimpinannyalah dunia menyaksikan tentera kerajaan menumpaskan gerakan golongan belia dan terpelajar di Dataran Tiananmen pada tahun 1989.

Agensi Berita Rasmi China, Xinhua melaporkan berita tersebut adalah khabar angin semata-mata.

Berita mengenai kematian Jiang Zemin yang kini berusia 84 tahun, bertiup kencang sejak kegagalannya untuk muncul di khalayak ramai pada majlis sambutan ulang tahun yang ke-90 Parti Komunis China.

Yang lebih mengecohkan keadaan ialah apabila sebuah stesen televisyen Hong Kong serta media Jepun dan Korea Selatan turut menyiarkan laporan mengenai kematian Jiang dengan memetik sumber-sumber sebagai berkata.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain