suria

Britain Mengaku Bunuh Empat Orang Awam Afghanistan

LONDON: Seramai empat orang awam Afghanistan terkorban manakala dua orang tercedera apabila sebuah jet pejuang kawalan jauh milik Tentera Udara Diraja British melancarkan serangan terhadap seorang komander Taliban, demikian menurut Kementerian Pertahanan pada Rabu.

Tentera Udara Diraja British mengesahkan satu laporan berita yang dibuat akhbar Guardian yang mengatakan bahawa empat orang awam terbunuh apabila jet pejuang Reaper yang dikawal dari pangkalan Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) menyerang sebuah trak yang membawa seorang komander Taliban yang dikehendaki.

"Pada 25 Mac, sebuah jet pejuang Reaper Britain ditugaskan untuk menyerang dan memusnahkan dua buah trak namun empat orang awam Afghanistan terbunuh dan dua yang lain cedera," kata Kementerian Pertahanan pada Rabu.

Seramai dua orang pemberontak juga terbunuh dalam serangan tersebut.

Serangan merupakan kejadian kali pertama jet pejuang Britain bertanggungjawab di atas kematian orang awam sejak Tentera Udara Diraja British mula menggunakan pesawat tanpa juruterbang di Afghanistan sejak 2007. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain