suria

Pheu Thai Akan Bentuk Kerajaan Campuran Bersama Empat Parti Lain

BANGKOK: Parti Pheu Thai akan membentuk sebuah kerajaan campuran yang dianggotai empat parti kecil berikuan kemenangan parti itu pada pilihan raya Parlimen Thailand pada Ahad.

Secara keseluruhan lima parti berjaya menguasai 299 daripada 500 kerusi di dewan rendah Parlimen, kata pemimpin Pheu Thai, Yingluck Shinawatra yang bakal dilantik sebagai Perdana Menteri wanita pertama Thailand.

Empat lagi parti dalam kerajaan campuran itu ialah, Parti Chart Thai, Pattana, Chart Pattana Pheupandin, Palangchon dan Mahachon.

"Kesemua lima parti bersetuju bekerjasama mentadbir negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

"Isu pertama yang perlu ditangani segera ialah mencapai perdamaian," kata Ying Luck yang juga adik perempuan kepada bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain