suria

Putera William, Kate Mula Lawatan Di Ottawa

OTTAWA: Putera William dan isterinya, Kate akan menerima topi putih koboi, menjalani latihan pendaratan kecemasan helikopter dan membuat penerbangan melalui rumah fiksyen Anne of Green Gables apabila julung kali membuat lawatan rasmi ke luar negara di Kanada.

Bakal raja dan permaisuri Britain dan Kanada itu memulakan lawatan rasmi mereka di sini pada tengah hari.

Lawatan tersebut bermatlamatkan merapatkan perhubungan antara pemerintahan beraja dan rakyat Kanada. Ketua negara tersebut ialah Ratu Elizabeth.

Pasangan itu akan melawat ke tujuh bandar di empat wilayah dan satu jajahan sebelum berkunjung ke California pada 8 Julai ini.

Putera William yang merupakan juruterbang berkepakaran dalam bidang mencari dan menyelamat di Wales akan memandu bersama sebuah helikopter Sea King untuk menjalani latihan pendaratan kecemasan di perairan pulau Prince Edward.

Mereka akan belayar dari Montreal ke Quebec City, menaiki pesawat ke tasik Blatchford di Northwest Territories, tidak jauh dari Artic Circle.

Mereka akan dihadiahkan topi koboi putih sebagai simbolik penghormatan sebelum menyaksikan persembahan rodeo Calgary Stampede.

Artikel Lain