Tubuh Unit Tentera AS Palsu: Warga China Dipenjara - Dunia | mStar

Tubuh Unit Tentera AS Palsu: Warga China Dipenjara

LOS ANGELES: Seorang lelaki warga China yang membentuk pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) palsu dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun oleh sebuah mahkamah di California, Rabu.

Yupeng Deng memperdaya 200 orang imigran dengan meminta bayaran dan merekrut mereka memasuki satu unit tentera AS yang direkanya sendiri.

Dia mengaku bersalah di atas dua tuduhan memalsukan dokumen kerajaan dan satu tuduhan melakukan mencuri dengan penyamaranan.

Deng juga mengaku bersalah dalam satu pertuduhan yang lain iaitu memiliki bahan pornografi kanak-kanak yang dijumpai polis apabila menggeledah rumahnya.

Pendakwa raya daerah, Lalit Kundani, memberitahu mahkamah di Pomona, California bahawa 10 daripada pertuduhan asal digugurkan dalam perjanjian yang dipersetujui pihak pendakwa raya.

Warga China yang tinggal di El Monte dekat Los Angeles itu menyamar sebagai "Supreme Commander" dan ditahan kemudian dibicarakan pada April.

Dia memberi janji palsu kepada mangsanya bahawa mereka akan mendapat kerakyatan AS dengan memasuki unit itu.

Mangsa yang tertipu diminta membayar wang antara RM930 dan USD1400 untuk memasuki kumpulan itu dan tambahan sebanyak RM360 setahun untuk mengekalkan keahlian malah mereka perlu memberi derma jika hendak dinaikkan pangkat.

Deng memberi mereka pakaian seragam dan dokumen pengenalan tentera yang palsu kemudian menjalankan latihan cara tentera.

Rekrut palsu itu juga mengambil bahagian dalam perbarisan malah melawat muzium tentera di San Diego dengan memakai pakaian seragam tentera. -AFP

Artikel Sebelum

Jambatan Terpanjang Di Dunia Mula Dibuka

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa