suria

K'jaan Amerika Secara Rasmi Sokong Menteri Kewangan Perancis Ketuai IMF

WASHINGTON: Kerajaan Amerika pada Selasa mengumumkan sokongan terbuka mereka kepada Menteri Kewangan Perancis, Christine Lagarde untuk mengetuai Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

"Saya dengan ini dengan sukacitanya ingin mengumumkan sokongan Amerika kepada Christine Lagarde untuk mengetuai IMF," kata Setiausaha Perbendaharaan Amerika, Timothy Geithner dalam satu kenyataan.

Sokongan terbuka Amerika itu secara tidak langsung mengesahkan kedudukan Lagarde sebagai calon popular untuk mengambil alih jawatan sebagai pengarah IMF yang baru bagi mengantikan Strauss-Kahn yang kini sedang berhadapan dengan dakwaan mencabul kehormatan seorang kakitangan hotel.

Artikel Lain