suria

Junta Tentera Haram Michelle Yeoh Masuki Myanmar

YANGON: Pelakon Hollywood kelahiran Malaysia, Michelle Yeoh, yang membawa watak pejuang pro-demokrasi Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya yang akan ditayangkan hujung tahun ini tidak akan dibenarkan memasuki Myanmar lagi.

"Pelakon itu tidak akan berpeluang memasuki Myanmar lagi. Beliau akan dihantar peluang dalam penerbangan seterusnya jika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon," kata seorang pegawai Myanmar kepada AFP.

Ini bermakna nama Michelle Yeoh kini disenarai hitamkan oleh pihak berkuasa Myanmar.

Pelakon yang pernah membintangan filem James Bond itu telah bertemu penerima Anugerah Keamanan Nobel itu di kediamannya di Yangon pada Disember selepas mengadakan pengambaran bersama pengarah berbangsa Perancis, Luc Besson di Thailand.

Yeoh, 48, adalah bekas Ratu Malaysia, mencatat nama di peringkat antarabangsa selepas membintangi filem James Bond "Tomorrow Never Dies" di sisi Pierce Brosnan pada tahun 1997.

Beliau kemudian membintangi filem arahan Ang Lee "Crouching Tiger, Hidden Dragon" - filem epik kungfu yang mendapat tempat di Hollywood.

Michelle turut membintangi filem "Memoirs of a Geisha" sebuah filem berasaskan novel popular Arthur Golden.

Suu Kyi pula dibebaskan dari tahanan rumah November tahun lalu selepas tujuh berada dalam situasi terkurung.

Suu Kyi, yang akan menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-66 bulan ini telah memimpin parti Liga Nasional memenangi pilihan raya Myanmar pada tahun 1990 tetapi kemenangannya itu tidak diiktiraf oleh Junta Tentera.

Artikel Lain