suria

"Pontianak" Dihukum Penjara Seumur Hidup

GOETTINGEN (Jerman): Sebuah mahkamah di Jerman pada Isnin menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang lelaki yang membunuh dua remaja, mengunyah anggota badan dan meminum darah salah seorang daripada mangsanya.

Jan O., 26 dijatuhkan hukuman itu oleh sebuah mahkamah di bandar ini yang terletak di tengah Jerman.

Dia akan dihantar ke unit psikiatrik dan tidak akan dilepaskan sepanjang hidupnya kerana dianggap berbahaya kepada orang awam.

Pesalah mengaku membunuh seorang gadis berusia 14 tahun yang dikenali sebagai Nina pada November tahun lalu kemudian meminum darah dan mengunyah daging di leher mangsa untuk "memuaskan nafsunya".

Lima hari kemudian dia mencekik seorang remaja lelaki bernama Tobias, 13, apabila remaja itu terjumpa mayat Nina di dalam sebuah hutan.

Dia pada mulanya menyangka remaja lelaki itu seorang perempuan kerana berambut panjang.

Hakim Ralf Guenther berkata pesalah yang merupakan kaki botol dan penagih dadah itu melakukan jenayah yang sangat dahsyat. -AFP

Artikel Lain