suria

25 Terbunuh Ekstremis Serang Tempat Makan Di Nigeria

KANO (Nigeria): Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh manakala 30 yang lain cedera pada Ahad apabila dua orang anggota militan Islam mengebom dan menembak sebuah tempat makan di Maiduguri dekat utara Nigeria, demikian menurut polis dan beberapa orang saksi.

Dua orang pengganas itu menaiki motosikal dan melesapkan diri selepas membuat serangan, beritahu sumber kepada pemberita melalui telefon.

"Penyerang dipercayai anggota kumpulan Boko Haram yang menyerang tempat riadah di kawasan Dala Kabompi dan menyebabkan kematian 25 orang manakala 30 yang lain cedera parah," kata seorang pegawai polis.

"Saya terdengar satu letupan kuat diikuti bunyi tembakan dan kepulan asap hitam manakala orang ramai lari menjerit," kata seorang penjual daging panjang, Emmanuel Okon.

"Saya tidak pula mengira berapa banyak kematian namun rasanya jumlahnya lebih daripada 25 orang manakala jumlah kecederaan mungkin lebih daripada 30 orang," katanya.

Serangan tersebut berlaku pada hari di mana tentera dan polis dijadualkan berkawal memerangi kejadian mengebom, menembak dan melarikan diri yang dilakukan ahli kumpulan ektremis agama di bandar itu.

Ketua Polis Borno, Mohammed Jinjiri Abubakar pada Khamis mengeluarkan satu kenyataan mengajak satu dialog dilakukan bersama kumpulan Boko Haram untuk mencapai pendamaian.

Kumpulan tersebut didakwa menjadi dalang dalam beberapa siri serangan yang mensasarkan anggota polis, tentera, ahli politik dan ketua agama di Nigeria. -AFP

Artikel Lain