suria

AS Mungkin Halalkan Ganja

WASHINGTON: Sekumpulan wakil rakyat Amerika Syarikat (AS) merancang untuk memperkenalkan satu rang undang-undang yang membenarkan penggunaan ganja di seluruh negara ini, menurut kumpulan-kumpulan yang menyokong penggunaan dadah itu, Rabu.

Undang-undang itu akan mengehadkan peranan kerajaan Persekutuan dalam penguatkuasaan penyeludupan merentasi sempadan atau antara negeri dan membenarkan rakyat menanam, mengguna atau menjual ganja di negeri yang membenarkan aktiviti itu.

Rang undang-undang yang mungkin dibentangkan pada Khamis oleh wakil rakyat dari parti Republikan, Ron Paul dan Barney Frank dari parti Demokratik akan menjadi perundangan pertama yang dibuat untuk menghapuskan pengharaman ganja di negara ini.

Sebanyak 16 daripada 50 buah negeri dan juga daerah Columbia membenarkan penggunaan ganja untuk tujuan perubatan.

Namun menanam, menjual atau mengedarkan ganja secara komersial masih tidak dibenarkan di bawah undang-undang Persekutuan.

Pada tahun lalu, rakyat California mengundi untuk tidak membenarkan penggunaan ganja untuk bersosial walaupun perdebatan mengenainya terus berlaku di beberapa buah negeri yang lain. -AFP

Artikel Lain