suria

Tentera Filipina Tahan Lima Anggota Abu Sayyaf

MANILA: Tentera Filipina pada Rabu menahan lima suspek pejuang pemisah Abu Sayyaf dalam satu serbuan ke atas satu tempat persembunyian mereka dalam hutan berdekatan kepulauan selatan yang bergolak.

Jurucakap tentera, Mejar Harold Cabunoc berkata, tiada pertempuran dilaporkan berlaku semasa operasi dijalankan di Pulau Basilan.

Tentera melakukan serbuan selepas mendapat maklumat yang diperolehi daripada tiga orang rakyat Filipina yang pernah dijadikan tawanan oleh kumpulan tersebut.

Cabunoc berkata, hampir kesemua anggota kumpulan itu berjaya melarikan diri dalam serbuan namun lima orang daripada mereka berjaya ditahan selepas dikepung.

Cabunoc memberitahu bahawa lima orang yang ditangkap itu akan menghadapi dakwaan jenayah namun nama dan identiti mereka masih belum boleh dimaklumkan. -AP

Artikel Lain