suria

Senat Sahkan Pencalonan Bekas Pengarah CIA Sebagai Setiausaha Pertahanan Amerika Yang Baru

WASHINGTON: Senat Amerika secara sebulat suara telah mengesahkan pencalonan Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA) Leon Panetta sebagai Setiausaha Pertahanan (Menteri Pertahanan) Amerika yang baru.

Beliau mengantikan Robert Gates yang melepaskan jawatan tersebut setelah hampir tiga tahun menyandangnya.

Dalam sistem pentadbiran Amerika, semua lantikan jawatan bertaraf kabinet mestilah terlebih dahulu mendapat pengesahan daripada Dewan Senat.

Presiden yang ingin membuat pelantikan perlu terlebih dahulu mencalonkan nama menteri kabinetnya kepada Dewan Senat untuk disah dan diluluskan.

Artikel Lain