suria

Awan Debu Gunung Berapi:Penerbangan Domestik Australia Terkandas

SYDNEY: Beribu penumpang terkandas pada Selasa kerana asap tebal dari Chile menyebulungi Australia sekali lagi, sekaligus jadual penerbangan di Adelaide, Canberra, Melbourne dan Sydney terpaksa dibatalkan.

Awan debu itu terhasil daripada letusan gunung berapi Puyehue yang meletus di pergunungan Andes lebih dari dua minggu lalu.

"Awan debu kali ini adalah lebih tebal dan besar daripada asap yang menyebabkan gangguan perjalanan pada minggu lalu," kata Airservices Australia.

Menurut organisasi itu lagi, asap tebal itu adalah seluas 20,000 hingga 40,000 kaki di udara.

"Ia juga diramalkan akan terus berada di tenggara Australia lebih lama dan ia tersebar luas di kawasan bawah benua Australia dan dijangka terus bergerak ke timur laut dan timur negara ini dalam beberapa hari lagi."

Qantas menangguhkan perkhidmatan dua hala ke, juga dari Adelaide, ibu negeri Australia Selatan dan Canberra malah memberhentikan sementara penerbangan ke Sydney dari pkul 3 petang waktu tempatan.

Setakat ini, sebanyak 73 penerbangan domestik oleh Qantas terkandas manakala enam penerbangan ke New Zealand turut mengalami keadaan yang sama.

Pakar meteorologi berkata, walaupun asap itu semakin menipis apabila bergerak, namun ia tetap kelihatan dalam imej satelit dan bergerak dengan satu kelajuan yang membahayakan pesawat.

"Ia asap sama yang begerak mengelilingi bumi namun ia masih tebal dan masih mengancam aktiviti penerbangan," jelas jurucakap di Darwin Volcanic Ash Advisory Centre.

Debu asap gunung berapi boleh mengancam pesawat penerbangan keran jika ia boleh bertukar menjadi gelas lebur jika disedut masuk ke dalam enjin kerana suhu yang panas lalu boleh mengakibatkan kegagalan enjin pesawat semasa penerbangan. -AFP

Artikel Lain