suria

Putera William Sambut Hari Jadi Ke-29

LONDON: Putera William - pewaris ketiga takhta kerajaan Great Britain - pada Selasa menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 secara senyap-senyap di tempat kerjanya sebagai juruterbang helikopter Tentera Udara Diraja di Wales.

William dan isterinya, Kate Middleton tinggal berhampiran pangkalan udara di sebuah pekan terpencil di Wales.

Di samping tugasnya sebagai juruterbang Tentera Laut, William masih meneruskan tanggungjawabnya sebagai Putera Wales dengan beberapa program rasmi yang telah diaturkan untuknya.

Misalnya pada 30 Jun ini, William dan Kate -yang kini dikenali sebagai Duke dan Duchess of Cambridge sejak diijabkabulkan sebagai pasangan suami-isteri pada 29 April lalu akan melakukan lawatan rasmi ke Kanada dan California.

Program tersebut adalah lawatan rasmi mereka yang pertama ke luar negara.

William telah kembali bertugas di Wales selama seminggu sebaik sahaja majlis perkahwinannya selesai tetapi kemudian telah mengambil cuti untuk berbulan mandu di Kepulauan Seychelles - iaitu bekas tanah jajahan British.

Putera William telah terlibat dalam pelbagai misi menyelamat sejak menyertai skuadron tersebut September lalu.

Beliau meneruskan tradisi keluarganya berkhidmat dengan tentera laut sebagai satu kerjaya profesional. Datuknya Putera Phillip pernah berkhidmat sebagai pegawai Tentera Laut Diraja British ketika Perang Dunia Kedua dahulu dengan pangkat terakhir yang disandangnya sebagai seorang komander.

Selain itu, pakciknya iaitu Putera Andrew juga adalah bekas juruterbang helikopter Tentera Laut Diraja.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

9 Maut Dalam Serangan NATO

Artikel Lain