suria

Penganut Mazhab Kristian Berbeza Ireland Serang Kawasan Perumahan

BELFAST: Beberapa orang tercedera dalam pertempuran antara penganut agama Kristian yang berlaku di Ireland Utara dekat Belfast, demikian menurut Datuk Bandar,Niall O Donnghaile pada Selasa.

Lelaki-lelaki bertopeng yang bersenjata menyerang rumah di Short Strand, sebuah kawasan penduduk Katolik di timur Belfast dan melancarkan peluru misil ke kawasan kediaman juga ke arah pihak polis.

"Keadaan adalah tegang dan berbahaya dengan mereka menyerang rumah-rumah menggunakan bom cat, bom paip dan bom petrol," katanya.

"Terdapat sejumlah penduduk Short Strand yang tercedera dan beberapa rumah yang didapati musnah," tambah O Donnghaile lagi.

Kamera milik stesen televisyen berjaya merakamkan beberapa rakaman lelaki-lelaki yang menutup kepala menyerang kereta polis dengan batu.

Ahli Parlimen dari parti Ulster Unionist, Michael Copeland mengesahkan beberapa ratus orang telah terlibat dalam pertempuran itu.

"Mengikut pemahaman saya, rumah-rumah di Newtownards Road diserang dari Strand Walk," tambahnya.

Lelaki-lelaki yang bertopeng itu dipercayai pengikut ajaran Protestant yang menyokong undang-undang Britain di wilayah itu.

O Donnghaile menyatakan serangan itu tidak dimulakan dengan provokasi namun ia merupakan tindak balas kepada serangan yang dilakukan penyokong republik Katolik terhadap harta benda milik pengikut Protestant pada minggu lalu.

"Siapa yang bertanggungjawab adalah tidak penting pada keadaan ini. Memberhentikannya adalah satu perkara yang menjadi masalah.

"Kita mempunyai dua cerita berbeza dari kedua-dua belah pihak," kata Copeland. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

9 Maut Dalam Serangan NATO

Artikel Lain