suria

Airbus Berjaya Jual Lebih Banyak A320neos

PARIS: Pembuat pesawat penumpang terbesar dunia - Airbus - kini membuktikan mereka berjaya menjual lebih banyak pesawat yang menjimatkan minyak sehingga 15% iaitu A320neos berbanding model lain sepertimana yang dapat disaksikan pada Pameran Udara Paris yang sedang berlangsung sekarang.

Pada Selasa mereka telah menandatangani memorandum persefahaman bersama dengan syarikat penerbangan Amerika, JetBlue untuk menjual sehingga 40 buah pesawat A320neos.

A320neos adalah versi pesawat yang telah dinaik taraf dengan kemampuan menjimatkan minyak sehingga 15% berbanding pesawat yang setaraf dengannya seperti siri model baru Boeing 737.

Pesanan yang baru diperolehi Airbus itu adalah dianggarkan bernilai AS$3.6 bilion pada harga yang disenaraikan. Bagaimanapun syarikat penerbangan yang membuat tempahan besar diketahui akan memperolehi diskaun daripada syarikat pengeluar.

Pesanan yang baru dibuat oleh JetBlue itu termasuklah mengantikan 30 daripada 173 pesawat A320 yang ditempah lebih awal dengan model A321 yang juga memiliki ciri-ciri penjimatan minyak dengan pemasangan tiplets pada penghujung sayap.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

9 Maut Dalam Serangan NATO

Artikel Lain