Singapura Kaji Langkah Kurangkan Kebisingan Bunyi Tren MRT - Dunia | mStar

Singapura Kaji Langkah Kurangkan Kebisingan Bunyi Tren MRT

SINGAPURA: Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA)Singapura hari ini mengumumkan rancangan untuk mencari jalan bagi mengurangkan bunyi bising tren di laluan yang ditinggikan.

Berikutan keadaan sistem Transit Aliran Massa (MRT) yang semakin ditelan usia setelah mula beroperasi pada 1987 dan peningkatan kekerapan perjalanan tren untuk memberi kemudahan kepada orang ramai, LTA menyedari bahawa sesetengah penduduk yang tinggal berhampiran jejambat MRT mungkin menghadapi peningkatan tahap bunyi bising.

Ketua Eksekutif LTA Chew Hock Yong berkata pihaknya akan mencari jalan untuk memastikan bunyi bising itu berada pada tahap minimum dengan membuat kajian bagi mengenal pasti lokasi yang dicemari bunyi terlalu bising dan mencari jalan untuk mengatasinya.

Katanya kajian di seluruh negara itu akan dijalankan secara serentak dengan kajian oleh pelbagai agensi lain dengan diterajui Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) dan LTA, yang dijangka selesai menjelang suku pertama tahun depan.

Beliau berkata sejajar dengan itu, LTA akan menjalankan kajian bagi mengukur tahap kebisingan di sepanjang trek MRT yang terletak berhampiran lebih 500 blok rumah pangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain