ASEAN Sasar Hubungan Konstruktif Dengan China, India - Najib - Dunia | mStar

ASEAN Sasar Hubungan Konstruktif Dengan China, India - Najib

SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau optimistik bahawa ASEAN akan terus membangunkan hubungan bermakna dan membina dengan negara China dan India.

Katanya kedua-dua negara itu sedang meneroka jalan untuk meningkatkan aktiviti perdagangan dan pelaburan serta pertukaran lain dengan kumpulan 10 negara anggota ASEAN.

"Bagi ASEAN, kita tidak perlu membuat pilihan kerana tidak mahu kembali ke era Perang Dingin. Kita perlu melihat ke arah menjalin hubungan membina dengan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian semasa bercakap dalam sesi dialog selepas menyampaikan ucaptamanya pada Dialog Shangri-La ke-10 anjuran Institut Antarabangsa Bagi Kajian Strategik (IISS) di sini malam Jumaat.

Najib juga berkata kebangkitan China sebagai gergasi eknomi Asia tidak harus dipandang sebagai ancaman kepada dunia. "Ia seharusnya mencetuskan sikap optimis berbanding suatu kebimbangan," jelasnya.

Terdahulu itu, dalam ucapannya, Najib berkata China menikmati pertumbuhan ekonomi yang menakjubkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

"Tetapi ia tidak akan mendominasi global seperti negara kuasa besar ekonomi dunia lain pernah melakukannya sebelum ini," katanya, sambil menjelaskan peningkatan keupayaan ketenteraan China tidak harus menimbulkan keresahan.

"Meskipun perbelanjaan China dalam bidang ketenteraan meningkat dengan begitu pantas namun Amerika Syarikat akan terus menjadi kuasa besar dalam bidang persenjataan kerana mengeluarkan perbelanjaan paling tinggi," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain