suria

Ricoh Rancang Hentikan 10,000 Pekerja

TOKYO: Pembuat peralatan pejabat dan kamera digital terkemuka Jepun - Ricoh - mengumumkan bahawa mereka bercadang memberhentikan 10,000 pekerja di seluruh dunia dalam tempoh tiga tahun ekoran kelembapan dalam urusniaga.

Krisis kewangan yang melanda dunia pada tahun 2008-09 telah menjejaskan operasi global syarikat berkenaan.

Ricoh mempunyai 100,000 pekerja di seluruh dunia dengan 40,000 kakitangan bertugas di Jepun.

Ricoh tidak menjelaskan secara terperinci pelan pengurangan kakitangannya itu tetapi bercadang untuk menempatkan semula sekurang-kurangnya 15,000 pekerja ke kawasan yang memperlihatkan potensi untuk bisnes berkembang.

Ricoh juga berhasrat untuk menutup pejabat atau cawangan yang tidak mendatangkan keuntungan.

Syarikat itu mengakui di sesetengah negara yang sedang membangun, perniagaan mereka memperlihatkan pertumbuhan yang memberansangkan tetapi pada masa yang sama menjangkakan pembelian alat-alat percetakan digital dan peralatan yang berkaitan dengannya akan menurun di beberapa negara maju.

Trend ini berkaitan dengan budaya urusan tanpa kertas berikutan pertumbuhan pantas telefon pintar dan komputer tablet.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain