suria

Sektor Petrokimia Akan Berkembang Empat Kali Ganda Menjelang 2016

NEW DELHI: Sebuah badan industri terkemuka telah mensasarkan sektor petrokimia India akan berkembang empat kali ganda antara 12 dan 15 peratus dalam tempoh lima tahun ini.

Dewan Perdagangan dan Perindustrian India berkata India terletak di lokasi yang strategik untuk menembusi industri ini yang kini telah beralih ke Asia dan Asia Barat.

"Industri kimia dan petrokimia global telah bergerak ke arah Timur Tengah dan Asia dengan hab-hab utama diwujudkan di rantau ini.

"Serentak dengan itu, ia turut mewakili peluang meluas untuk industri kimia dan petrokimia India," kata dewan itu dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Industri petrokimia India bernilai kira-kira US$40 bilion (RM120 bilion) dan hampir satu juta orang bekerja dalam sektor ini.

Bagaimanapun, ia memberi amaran yang India akan berhadapan saingan sengit daripada peserta yang telah lama menceburi bidang ini seperti China, Singapura dan Asia Barat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain