suria

Ketua IMF Akan Pertahan Maruah Diri Atas Dakwaan Cubaan Merogol

NEW YORK: Pengarah Urusan Tabung Matawang Antarabangsa (IMF) yang menyimpan cita-cita untuk merebut jawatan Presiden Perancis, Dominique Strauss-Kahn, bersumpah akan melawan pertuduhan gangguan seksual yang difailkan ke atasnya oleh seorang pekerja hotel.

Bekas Menteri Kewangan Perancis tersebut pada Ahad ditahan atas tuduhan melakukan gangguan seksual, mengurung secara tidak sah dan cubaan merogol pekerja hotel wanita yang berusia 32 tahun itu.

Ahli politik Perancis tersebut dikatakan akan membela diri beliau di atas dakwaan yang dilakukan oleh seorang pekerja hotel di New York, kata peguam beliau, Benjamin Brafman kepada pemberita.

"Beliau tekad untuk membela diri dan menyangkal sebarang salah laku," kata Brafman kepada di luar sebuah mahkamah yang akan dihadiri Strauss-Khan pada hari ini, Isnin.

Strauss-Kahn, 62, telah mengupah barisan peguam handalan dalam persoalan yang timbul tentang adakah beliau mempunyai kekebalan diplomatik di dalam kes tersebut.

Seorang lagi peguam, William Taylor memberitahu pihaknya dan pihak pendakwa raya bersetuju untuk menangguhkan dakwaan sehingga pagi Isnin.

Taylor berkata, penangguhan berikut dibuat kerana Strauss-Kahn masih disiasat oleh polis dalam usaha mendapatkan bukti.

"Klien kami bersedia memberi kerjasama penuh untuk menjalani pemeriksaan saintifik dan forensik," kata Taylor yang kemudian memberitahu Strauss-Kahn berada di dalam keadaan yang baik walaupun penat.

Satu teori tentang konspirasi cuba menjatuhkan kredibiliti Straus-Khan yang aktif berpolitik untuk menjadi Presiden Perancis sedang hangat diperkatakan di Perancis.

Isteri Strauss-Khan, Anne Sinclair yang merupakan wartawan televisyen Perancis berprofil tinggi bagaimanapun mengatakan dia tidak percaya dengan dakwaan yang dibuat ke atas suaminya itu.

Sinclair memberitahu AFP bahawa kebenaran tentang suaminya yang tidak bersalah itu akan dibuktikan. -AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain