suria

Letupan Berani Mati Di Pakistan Korban 70 Nyawa

SHABQADAR, Pakistan: kumpulan Taliban Pakistan pada Jumaat, mengaku bertanggungjawab terhadap dua serangan bom berani mati yang menyebabkan 65 kadet tentera dan 5 orang awam terbunuh di sebuah pusat latihan tentera di sini.

Serangan tersebut adalah sebagai membalas dendam di atas kematian pemimpin Al-Qaeda, Osama bin Laden pada 2 Mei lepas.

Kadet tentera yang terbunuh dikatakan sedang memasuki bas dan van untuk pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing.

"Ini merupakan serangan balas dendam yang pertama dan lebih banyak serangan akan dilakukan di Pakistan dan Afganistan," kata jurucakap puak Taliban Pakistan, Ehsanullah Ehsan melalui telefon kepada AFP.

Menurut sumber rasmi, serangan tersebut merupakan yang paling teruk sejak serangan bom berani mati pada 5 November tahun lepas yang mengorbankan 68 nyawa.

"Kami yang berpakaian biasa sangat gembira mahu pulang bercuti ke kampung halaman sebelum serangan yang turut menyebabkan saya tercedera," kata salah seorang tentera, Ahmad Ali.

"Kedua-dua serangan adalah serang berani mati. Penyerang pertama datang menaiki motosikal dan meletupkan jaketnya yang berisi bom," kata Ketua Polis daerh Charsadda, Nisar Khan Marwat.

"Apablia anggota tentera yang lain datang membantu mangsa, pengebom berani mati kedua tiba dan meletupkan dirinya."

Beliau juga memberitahu sebanyak 20 buah kedai dan 12 buah kenderaan musnah dalam dua serangan tersebut. -AFP

Artikel Lain