suria

Pakistan Nafi Dakwaan 'Lindungi' Osama

ISLAMABAD: Perdana Menteri Pakistan, Yusuf Raza Gilani pada Isnin menolak dakwaan pembunuhan Osama bin Laden oleh komando Amerika Syarikat (AS) membuktikan ketidakupayaan atau penglibatan negaranya menyembunyikan pemimpin Al-Qaeda tersebut.

“Dakwaan penglibatan itu tidak masuk akal dan tidak jujur bagi sesiapa yang menuduh Pakistan termasuk pihak perisikan yang mungkin 'bekerjasama' dengan Al-Qaeda,” kata Gilani.

Jelas Gilani, tindakan sebelah pihak pihak oleh AS melancarkan operasi memburu dan membunuh Osama menimbulkan kesan serta akibat yang serius antara negara itu dengan Pakistan.

Bagaimanapun Pakistan masih mementingkan nilai kualiti perhubungan dengan AS. – Reuters

Artikel Lain