suria

Menteri Luar Singapura Berundur Dari Politik

SINGAPURA: Menteri Luar Singapura George Yeo berkata beliau tidak akan bertanding di Perwakilan Kumpulan Kawasan (GRC) Aljunied pada pilihan umum (PRU) akan datang.

Bercakap pada sidang akhbar Selasa, menteri berusia 57 tahun itu yang telah berkhidmat kepada rakyat Singapura lebih 23 tahun berkata beliau akan menyerahkan kepada pemimpin muda untuk memikul tugas penting itu.

Pada PRU Sabtu lepas, pasukan Yeo kalah di GRC Aljunied kepada pasukan Parti Pekerja(WP) yang dipimpin bekas anggota Parlimen Hougang, Low Thia Kiang, peguam terkemuka Chen Show Mao, pengerusi parti Sylvia Lim, Pritam Singh dan Abdul Faisal Manap.

WP memenangi kerusi panas GRC itu dengan mengalahkan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) dengan memperoleh kira-kira 45 peratus hingga 54 peratus undi. GRC Aljunied mempunyai lebih 143,000 pengundi.

Mengenai politik Singapura, Yeo berkata: "Suka atau tidak, kita sedang memasuki fasa baru dalam perkembangan politik Singapura. Bagaimana kami (kerajaan Singapura) respons kepadanya akan menentukan nasib Singapura dalam abad ke-21," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain