suria

Parlimen Thailand Akan Dibubar

BANGKOK: Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva akan mengemukakan perintah diraja kepada istana petang ini untuk meminta perkenan supaya Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum.

Abhisit berkata penyerahan itu akan dilakukan sebelum beliau berlepas ke Jakarta bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

"Petang ini, sebelum saya menyertai mesyuarat Sidang Kemucak Asean. Saya akan mengemukakan dekri diraja kepada istana untuk meminta pembubaran Dewan Perwakilan," katanya.

Beliau berkata akan ada proses dalaman selepas penyerahan dekri diraja.

"Saya akan mengadakan sidang akhbar sekali lagi Isnin ini selepas saya kembali. Saya juga yakin pembubaran Parlimen akan menjadikan negara kita lebih ke depan," katanya.

Abhisit turut yakin tidak akan berlaku masalah berhubung pilihan raya umum. Kerajaan yang ada sekarang akan tamat tempohnya Disember tahun ini. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain