suria

Perebutan Kawasan Petroleum Di Sudan Ragut 20 Nyawa

JOHANNESBURG: Seramai 20 orang terbunuh dalam pertempuran terbaru di kawasan yang kaya dengan petroleum menjadi rebutan puak yang bertelagah.

Seorang pegawai atasan memberitahu bahawa berlakunya kebimbangan tentang lebih banyak serangan akan berlaku beberapa minggu menjelang sambutan hari kemerdekaan Sudan Selatan pada Julai ini.

Ketua Pentadbir sempadan bergolak itu, Deng Arop Kuol berkata pada Rabu bahawa konvoi askar Sudan utara dihalang Ahad lalu semasa mereka cuba untuk bergerak ke wilayah selatan.

Menurut pegawai berkenaan, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh berpunca daripada pertempuran bersenjata antara dua pihak tersebut.

Sementara itu, seorang pegawai negara kesatuan yang kaya dengan hasil minyak itu memberitahu, pihak pemberontak yang menentang kerajaan Selatan menyerang sebuah kampung di situ dan membunuh lapan penduduk termasuk dua ketua puak di kawasan terbabit.

Wilayah selatan Sudan mengundi untuk berpisah dengan wilayah utara dan menetapkan untuk menjadi sebuah negara baru di dalam tempoh hanya sepuluh minggu.

Pungutan suara untuk kemerdekaan merupakan salah satu cara damai untuk mengakhiri peperangan yang menyebabkan dua juta orang menjadi korban. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain