suria

Pekerja Mula Masuki Loji Nuklear Fukushima

TOKYO: Para pekerja loji nuklear pada Khamis memasuki salah sebuah reaktor yang musnah di loji kuasa nuklear untuk kali pertama selepas gempa bumi dahsyat melanda negara itu baru-baru ini, menurut agensi keselamatan nuklear negara.

Pengendali loji Fukushima Daiichi, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) memberitahu, para pekerja menyambung peralatan pengudaraan di unit 1 dalam usaha untuk menyerap radiasi dari udara di dalam bangunan.

Proses dijangka akan memakan masa sekitar empat atau lima hari.

Alat itu berfungsi untuk menurunkan aras radiasi di dalam reaktor sebelum sebuah sistem pendingin dipasang selepas ia musnah dalam gempa dan tsunami pada 11 Mac lalu, menyebabkan lebih dari 25,000 orang terkorban atau hilang di sepanjang pantai timur laut Jepun.

Keputusan untuk menghantar pekerja memasuki semula loji nuklear tersebut dibuat selepas data yang dikutip dari robot Jumaat lalu mendapati bacaan baru tahap radiasi adalah selamat, kata jurucakap TEPCO, Taisuke Tamikawa.

"Ini merupakan usaha untuk memperbaiki persekitaran di dalam bangunan reaktor," katanya.

Para pekerja yang dilengkapi dengan peralatan perlindungan seperti topeng dan tangki udara, menurut seorang pegawai di Badan Keselamatan Nuklear dan Industri negara itu.

Sebelum ini, pekerja tidak dibenarkan masuk ke kawasan yang terletak sekitar 140 kilometer dari Tokyo sejak hari pertama selepas berlakunya tsunami.

Kebocoran radiasi dari loji nuklear Fukushima telah memaksa 80,000 penduduk yang tinggal di dalam jarak 20 kilometer meninggalkan rumah mereka. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain