suria

Obama Enggan Dedah Gambar Osama

WASHINGTON: Presiden Barrack Obama berkata Rumah Putih tidak akan menyiarkan gambar mayat Osama bin Laden.

Obama berkata sedemikian semasa ditemubual pada Rabu oleh stesen televisyen CBS dalam rancangan "60 Minutes".

Sebelum ini Rumah Putih telah mempertimbangkan untuk menyiarkan satu gambar sebagai bukti bahawa Osama telah dibunuh dalam satu serangan di rumah persembunyianya pada awal Isnin.

Bagaimanapun pegawai Rumah Putih memberi amaran bahawa gambar berkenaan tidak sesuai disiarkan.

Tentera elit AS menyerbu satu kediaman di mana Osama bin Laden bersembunyi di Pakistan, kemudian menembak mati pemimpin al-Qaeda itu. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain